PeribahasaJikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.TakrifOrang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.TakrifTentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan.TakrifJangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau menampi jangan tumpah padinya.TakrifMemilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga.TakrifJika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau kasihkan padi, buanglah rumput.TakrifJika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga.TakrifPerkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau beranak ikut kata bidan.TakrifTurutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.TakrifTidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
584 | Once a thief, always a thief | Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. | Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga | Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. | Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga''. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jikalau | | Rujuk :jika |
|
Puisi |
---|
|
Dari Acheh bersapu tangan, Gajuk tiang mana nak cabut; Jikalau kasih menghantar teman, Jikalau sayang berbilang rambut.
Lihat selanjutnya... |
|