PeribahasaPelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.TakrifBahaya yang sentiasa mengancam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat serupa jerami.TakrifTipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat semata bunda kandung.TakrifAnak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat halus kelindan sutera.TakrifTipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenahan jerat di tempat genting.TakrifMencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Memancing di air keruh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu (pisau) penyudahnya.TakrifBergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahan jerat sorong kepala.TakrifHendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpasang jerat halus.TakrifTerkena tipu muslihat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menjenguk jerat sial.TakrifMelawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.TakrifSudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |