PeribahasaHilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau sakit, sapi beroleh nama.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau punya susu, sapi punya nama.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarum semerbak mengandung mala.TakrifJasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasib penyapu, banyak jasa turun darjat.TakrifTerlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHempas tulang tak berbalas jasa.TakrifBerpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama.TakrifHidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Orang menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Penat saya menabur budi, Belum juga mendapat jasa.
Lihat selanjutnya... |
|