PeribahasaJadi penghubung hujung lidah (= mulut).TakrifOrang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi penghubung kaki tangan.TakrifTempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi kuda beban.TakrifOrang suruhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi dinding lasak peti manian.TakrifOrang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi bumi langit.TakrifOrang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi bapa kuda.TakrifOrang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi alas cakap.TakrifHadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan pembasuh kaki [= tangan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi teluk ulakan air.TakrifPerundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukit jadi paya, paya jadi bukit.TakrifOrang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalah jadi abu, menang jadi arang.TakrifKalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jadi (kata kerja) | Bersinonim dengan berhasil, berjaya;, | | Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju.
Lihat selanjutnya... |
|