PeribahasaIntan salah serudinya.TakrifBiarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.TakrifKebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan disangkakan batu kelikir.TakrifTidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan dikalungkan di leher anjing.TakrifMemberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan berlian jangan dipijakkan.TakrifUntung bahagia jangan dielakkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu intan, sekarang jadi batu buatan.TakrifOrang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dulu besi, sekarang timah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNeraca berbatu intan.TakrifHukuman yang seadil-adilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga.TakrifPerkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu permata intan, sekarang batu Belanda.TakrifOrang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi, sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menjaga permata intan ketika dicanai.TakrifKasih sayang yang tidak ada taranya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |