PeribahasaIkut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.TakrifOrang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.TakrifSesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau beranak ikut kata bidan.TakrifTurutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertumpang di biduk tiris.TakrifIkut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan buat kerbau tanduk panjang.TakrifJangan ikut campur dalam urusan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.TakrifSuka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat perahu takkan karam sebelah.TakrifKaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.TakrifSama-sama ikut bertanggungjawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai langau di ekor gajah.TakrifSelalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati ayam mati tungaunya.TakrifBila tuannya mendapat celaka, anak buahnya ikut menderita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ikut | | Kata Terbitan : ikut-ikut, ikut-ikutan, berikut, berikut-ikut, berikutan, mengikut, mengikut-ikut, mengikuti, terikut-ikut, pengikut, |
|
Puisi |
---|
|
Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.
Lihat selanjutnya... |
|