Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.

Takrif

Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.

Takrif

Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jikalau beranak ikut kata bidan.

Takrif

Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Takrif

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan buat kerbau tanduk panjang.

Takrif

Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Takrif

Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat perahu takkan karam sebelah.

Takrif

Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.

Takrif

Sama-sama ikut bertanggungjawab.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai langau di ekor gajah.

Takrif

Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati ayam mati tungaunya.

Takrif

Bila tuannya mendapat celaka, anak buahnya ikut menderita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.



Lihat selanjutnya...