PeribahasaHilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.TakrifMalas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.TakrifOrang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah.TakrifSesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau.TakrifMembuat pekerjaan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tentu hilir mudiknya.TakrifBelum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRongkongan menghadap hilir.TakrifSukar mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi.TakrifPerbuatan salah yang sudah terlanjur, tak dapat disesalkan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelama air hilir, selama gagak hitam.TakrifTidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak tentu hilir mudiknya.TakrifBelum ada keputusannya; maksudnya tidak jelas. (Bandingkan dengan: Tidak mengetahui hulu hilirnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak hendak hilir, ia telah hanyut.TakrifCita-cita yang telah didahului oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
286 | Kill two birds with one stone | Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. | Berkayuh sambil ke hilir | We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. | Kami betul-betul berkayuh sambil ke hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
283 | Kill two birds with one stone | Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. | Sambil berdendang, biduk hilir. | We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. | Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
124 | It's no use crying over spilt milk | Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. | Sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi. | Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but it's no use crying over split milk. | Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik, baik/datang Tidak diseru saya datang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 283 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sambil berdendang, biduk hilir. We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|