PeribahasaKalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.TakrifHendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengais hendaklah berkuku.TakrifMencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.TakrifHendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar ikan hendaklah besar umpannya.TakrifTiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSingkat diulas, panjang dikerat.TakrifYang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalah cotok melantingkan.TakrifTiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda ulam hendaklah ada sambalnya.TakrifTiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar umpan besar ikannya.TakrifTiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar ikan hendaklah besar umpannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda jarum hendaklah ada benangnya.TakrifTiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.TakrifMemuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |