PeribahasaKerambil tumbuh di matanya.TakrifKepala negeri yang cerdik lagi hartawan, (Biasa juga: Dikiaskan kepada perempuan cantik yang kuyu matanya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak usak kerbau oleh penyembelihan.TakrifTidak akan miskin orang hartawan yang berderma. usak = kurang; penyembelihan = daging upah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCincin emas takkan tampan bermata kaca.TakrifGadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.TakrifOrang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.TakrifPerempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.TakrifPerempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|