PeribahasaHendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.TakrifPerbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenting putus, biang tembuk.TakrifPerkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenting menanti putus, biang menanti tembuk.TakrifSuami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar genting jangan putus.TakrifBiar rugi sedikit jangan rugi banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenahan jerat di tempat genting.TakrifMencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Memancing di air keruh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.TakrifPerbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemancing di air keruh.TakrifMencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menahan jerat di tempat genting, b. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan, c. Menangguk dalam air keruh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenangguk dalam air keruh.TakrifMencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenahan (= memasang) lukah di penggentingan.TakrifMencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |