PeribahasaGemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.TakrifSesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.TakrifOrang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat.TakrifKeunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lombong kerana isinya, keunggulan manusia kerana muafakatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.TakrifPerempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai balak terendam.TakrifOrang gemuk yang malas bergerak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai sumpit dihentakkan.TakrifOrang yang gemuk dan lembam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPinggang rampin bagai ketiding.TakrifPerempuan gemuk yang besar pinggangnya. ketiding = bakul besar tempat beras dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sumpit abu ditegakkan.TakrifOrang gemuk, pendek dan lembam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai punggur rebah.TakrifJatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gajah berpaling.TakrifKepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |