PeribahasaGaya saja, rasanya wallah.TakrifRupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLenggang patah sembilan.TakrifGaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar kurang garang asal lebih gaya.TakrifMenunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kapal tiga tiang.TakrifGaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLenggang lenggok bagai cupak hanyut.TakrifGaya langkah yang lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kain menunjukkan corak bangsanya.TakrifRupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.TakrifGaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.TakrifOrang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya |
|
Puisi |
---|
|
Hanyut rakit dadan apia, Dampar di pantai dimakan buaya; Makansedikit tidak mengapa, Asalkan boleh membawa gaya.
Lihat selanjutnya... |
|