Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gaya saja, rasanya wallah.

Takrif

Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Takrif

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar kurang garang asal lebih gaya.

Takrif

Menunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kapal tiga tiang.

Takrif

Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lenggang lenggok bagai cupak hanyut.

Takrif

Gaya langkah yang lemah-lembut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.

Takrif

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.

Takrif

Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.

Takrif

Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.



Lihat selanjutnya...