PeribahasaAngan lalu, faham tertumbuk.TakrifSesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertelingkah bagai antan di lesung.TakrifBerselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeukur berbaur, bertopang bercerai.TakrifKalau seia-sekata, kekal; kalau berselisih faham, bercerai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaun nipah dikatakan daun labu.TakrifKalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang itu empat gasal, lima genap.TakrifOrang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.TakrifPercakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.TakrifAdat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.TakrifTiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham |
|
Puisi |
---|
|
Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang.
Lihat selanjutnya... |
|