PeribahasaMengasah parang timah.TakrifPekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenuntut piutang lapuk.TakrifMengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuba habis (= binasa), ikan tak dapat.TakrifPekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemerah kain basah orang.TakrifMengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemelihara gajah putih.TakrifMenyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.TakrifSukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).TakrifKadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi.TakrifPerbuatan yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain pendinding miang, wang pendinding malu.TakrifSegala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlim bagai katak di tepi air.TakrifOrangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |