PeribahasaEnggan seribu daya, mahu sepatah kata.TakrifKalau tak suka biasanya banyak alasannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan.TakrifLain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngguk enggan, geleng ia.TakrifLain di mulut, lain di hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.TakrifOrang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.TakrifTidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kambing dimandikan pagi.TakrifOrang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kambing dihalau [= diseret ke air]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat hati beratlah tulang.TakrifPekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai mengangkut batu di bencah.TakrifMenyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan. bencah = paya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kambing dihalau (= diseret) ke air.TakrifOrang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak kelih mahu tengok.TakrifHanya mahu hasilnya saja, tetapi enggan berusaha.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |