PeribahasaElok palut pengebat kurang.TakrifTampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElok lenggang di tempat datar.TakrifBersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.TakrifApa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElok buruk dan busuk hanyir.TakrifKesenangan dan kesusahan selalu beriringan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElok arak di hari panas.TakrifOrang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeelok-elok makan peluru meriam.TakrifJaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada elok yang tak buruk.TakrifJanganlah bebas menceritakan rahsia diri sendiri kepada orang, kerana selama baik mesti akan datang waktu bermusuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada elok yang tidak bercacat.TakrifTak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga yang harum itu ada juga durinya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang.TakrifOrang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaElok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.TakrifOrang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |