PeribahasaLidahnya masin.TakrifPerkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGaram jatuh di air.TakrifNasihat yang diterima dengan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRembes dipalit, titik ditampung.TakrifBiar sedikit sekalipun diterima juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.TakrifDilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya.TakrifAkibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKhabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.TakrifTiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertangguk pada ikan dikeruntungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga.TakrifBuruk atau baik diterima saja setelah dimuafakati beramai-ramai. keruntung = keranjang untuk menyimpan ikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTitik ditampung, meresap dipalit.TakrifPemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama lanyau di air, sebarang tertadung menjadikan daki.TakrifPerbuatan yang jahat, kalau dikerjakan tentu diterima akibatnya. lanyau = lumpur; tadung = sandung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak.TakrifBahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |