PeribahasaBagai kucing menjemput api.TakrifYang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengail yu dapat setoka.TakrifLain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh. setoka = pari kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum duduk berlunjur dulu.TakrifBelum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak air pancuran terbit.TakrifYang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak ulam, pucuk menjulai.TakrifYang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPucuk dicita ulam tiba.TakrifYang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Hendak ulam, pucuk menjulai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumur digali air terbit.TakrifYang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTanam cempedak, tumbuh nangka.TakrifYang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.TakrifYang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi.TakrifYang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |