PeribahasaDiam-diam ubi berisi, diam besi (= penggali) berkarat.TakrifPendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiam-diam lepu.TakrifMusuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuat diam-diam lepu.TakrifBerpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMempercocok-daunkan orang.TakrifBermuafakat dengan diam-diam untuk menipu orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir mata jatuh ke perut.TakrifBerdukacita dengan diam-diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Air mata jatuh ke dalam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir mata jatuh ke dalam.TakrifBerdukacita dengan diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakar tak berapi.TakrifCinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain dalam lipatan.TakrifPerempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJuadah sudah dijilat cicak.TakrifPerempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gunting makan dihujung.TakrifMembalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |