PeribahasaEnggan seribu daya, mahu sepatah kata.TakrifKalau tak suka biasanya banyak alasannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.TakrifTiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMaksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNiat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.TakrifIngin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat serupa jerami.TakrifTipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMain akal (= budi).TakrifMengenakan tipu daya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak beras antah dikisik.TakrifSegala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai.TakrifKehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai ayam diasak malam.TakrifTidak ada daya upaya lagi. diasak = didesak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemasukkan (= mengenakan, menjalankan) jarum halusnya.TakrifMengenakan tipu daya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
429 | Nothing is impossible to a willing heart | Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. | Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya | In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. | Perkataan tidak boleh tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
428 | Nothing is impossible to a willing heart | Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. | Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih | In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. | Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
638 | He who wills the end, wills the mean | Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya. | Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. | My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook. | Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
637 | He who wills the end, wills the mean | Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya. | Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. | My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook. | Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya |
|
Puisi |
---|
|
Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|