PeribahasaBakar tak berapi.TakrifCinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.TakrifCinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti labah-labah cinta (= kasih sayang) kepada telurnya.TakrifKasih sayang yang tak dapat dipisahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bertepuk sebelah tangan.TakrifCinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.TakrifCinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.TakrifCinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.TakrifCinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |