PeribahasaCerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan.TakrifMenuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCerdik bagai ekor kerbau.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.TakrifSahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung.TakrifOrang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung tengkar, cerdik begar.TakrifOrang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.TakrifBiarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.TakrifKepintaran itu melebihi kekayaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.TakrifSesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
160 | Diamond cuts diamond | Sama-sama cerdik atau licik | Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang | Many people had fallen prey to his cunning tricks, and so he thought he had outwitted me, but diamond cuts diamond. I still had a few cards up my sleeve. | Banyak orang menjadi mangsa kepada tipu helahnya yang licik itu, dan dia menyangka yang dia telah mengakali aku pula, tetapi orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. Aku masih ada beberapa muslihat yang dia tidak tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdik |
|
Puisi |
---|
|
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.
Lihat selanjutnya... |
|