PeribahasaCepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.TakrifJika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCepat kaki ringan tangan.TakrifRajin dan giat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.TakrifOrang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.TakrifPekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan terkilat (= terkilap) jala tiba.TakrifSangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantasnya seperti kilat.TakrifCepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Seperti kilat pantasnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantas seperti lipas.TakrifCepat bekerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kilat pantasnya.TakrifCepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Pantas seperti kilat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak cetus api.TakrifSangat cepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai belut digetir (= diketil) ekor.TakrifCepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |