PeribahasaMeragakan pakaian cantik kepada si buta.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar.TakrifBeroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLengan bagai lilin dituang.TakrifLengan yang cantik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMabuk kerana beruk berayun.TakrifGilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bulan penuh mengambang di kaki awan.TakrifPerempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKejap (= kerling) bagai pelitakan padam.TakrifPujian kepada perempuan yang cantik. kejap = kerling, kedip, kelip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana janda baru bangun tidur.TakrifPerempuan yang benar-benar cantik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga.TakrifOrang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegar dipakai layu dibuang.TakrifSelagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatik Semarang, makin dicuci makin terang.TakrifPerempuan janda yang lebih cantik daripada semasa gadisnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |