PeribahasaCakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada.TakrifCakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.TakrifSesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendengarkan cakap enggang.TakrifMendengarkan pujukan musuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSilap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.TakrifMemperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi alas cakap.TakrifHadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan pembasuh kaki [= tangan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.TakrifCakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.TakrifCakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecek anak Melaka.TakrifCakap tinggi tetapi tidak berisi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ketiak ular.TakrifCakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap.TakrifHendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar salah kain, jangan salah mulut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |