PeribahasaBusuk, busuk embacang.TakrifKelihatan bodoh, sebenarnya pandai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk yang tak tahu dibaunya.TakrifOrang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk berbau, jatuh berdebuk.TakrifPerbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang.TakrifBagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBau busuk tidak berbangkai.TakrifCelaan (fitnah dan sebagainya) yang tidak benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMana busuk yang tidak berbau?TakrifTak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata.TakrifSejahat-jahat kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan, maka semuanya akan ikut membela (mempertahankannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebusuk-busuk lauk, kalau dibasuh enak juga.TakrifSebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.TakrifKaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah busuk maka dipeda.TakrifTindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah jauh maka dipanggil). dipeda = diasinkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |