PeribahasaBuruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga.TakrifOrang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama kayu buruk: buruk di panas, reput di hujan.TakrifNasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk perahu buruk pangkalan.TakrifTak mahu lagi menginjak rumah isterinya atau tempat bekerja yang telah ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk tak tahu akan hinanya.TakrifOrang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk muka cermin dibelah.TakrifDiri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang.TakrifKeburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.TakrifYang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuang kuali ambil belanga.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari semak ke belukar.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuang daun keladi, berselimut daun birah.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |