PeribahasaBagai bunyi cempedak jatuh.TakrifBunyi jatuh yang kuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau.TakrifPendapat yang bermacam-macam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bunyi siamang kenyang.TakrifBanyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bunyi perempuan di air.TakrifRamai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bunyi orang dikoyak harimau.TakrifBerteriak-teriak atau melolong dengan kuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.TakrifBagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah bunyi (= tepi), buruk berita.TakrifKejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bunyi gung tertangkup.TakrifKata-kata yang tidak jelas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bunyi gung pecah.TakrifSuara yang tidak sedap didengar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecek bagai bunyi merendang kacang.TakrifPercakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |