PeribahasaMenggantang asap, mengukir langit.TakrifMemikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngan-angan mengikat tubuh.TakrifBesusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPacat hendak menjadi ular.TakrifOrang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.TakrifLelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah.TakrifMendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukan budak-budak makan pisang.TakrifTidak dapat diperdayakan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Budak-budak makan pisang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukan air muara yang ditimba, tetapi sudah disauk dari hulunya.TakrifPerkhabaran yang benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipit bukan seekor, jagung bukan sebatang.TakrifMenolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUlar bukan, ikan pun bukan.TakrifTidak dapat ditentukan baik atau buruknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.TakrifRezeki (harta) yang belum dapat ditentukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |