PeribahasaBodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas.TakrifBiarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.TakrifBerlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher.TakrifJika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.TakrifOrang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.TakrifOrang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai buntal kembung.TakrifBodoh dan sombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk, busuk embacang.TakrifKelihatan bodoh, sebenarnya pandai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.TakrifSahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jelongak kerbau rampung.TakrifOrang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar bungkus tak berisi.TakrifOrang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |