PeribahasaPenat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Pelabur habis, Palembang tak alah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.TakrifPercakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPelabur habis, Palembang tak alah.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaArang habis binasa, tukang hembus penat saja.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuba habis (= binasa), ikan tak dapat.TakrifPekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTurutkan rasa binasa, turutkan hati mati.TakrifOrang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang.TakrifBiarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerana mulut badan binasa.TakrifMendapat kecelakaan kerana perkataannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasa |
|
Puisi |
---|
|
Jantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi.
Lihat selanjutnya... |
|