Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Pelabur habis, Palembang tak alah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Takrif

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pelabur habis, Palembang tak alah.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Arang habis binasa, tukang hembus penat saja.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuba habis (= binasa), ikan tak dapat.

Takrif

Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati.

Takrif

Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang.

Takrif

Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.

Takrif

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.

Takrif

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerana mulut badan binasa.

Takrif

Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasa

Puisi
 

Jantung pisang jangan dipatah,
     Jika patah binasa isi;
Jantung hati badan bertuah,
     Menyelamatkan kamu yang akan pergi.



Lihat selanjutnya...