PeribahasaMenggeleber seperti bibir pasu.TakrifBibir mulut yang bengkak dan terkulai. geleber = bergantung mengelepai, gelambir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertanam tebu di bibir.TakrifMengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGetikkan puru di bibir.TakrifTak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. getik = menggetil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat tertawa koyak bibir.TakrifBersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMisai pulang ke bibir.TakrifKembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berengsot dari bibir.TakrifTidak habis-habis disebut. berengsot = berpindah perlahan-lahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiperbesar isap (hisap), hitam bibir.TakrifMembelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor.TakrifBersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. gombak = rambut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.TakrifMudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.TakrifPerbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |