PeribahasaCencang putus, biang tembuk.TakrifPutusan yang mengikat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenting putus, biang tembuk.TakrifPerkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiang menanti tembuk.TakrifSuami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kucing biang.TakrifBerkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenting menanti putus, biang menanti tembuk.TakrifSuami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak akan aib kucing biang.TakrifOrang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerjerit-jerit seperti kucing biang.TakrifPerempuan yang bercakap-cakap terlalu keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kodok ditimpa kemarau.TakrifBerkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.TakrifPenganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kucing keguguran anak.TakrifBerkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |