PeribahasaBetul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.TakrifOrang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.TakrifJika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.TakrifOrang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkalan yang betul.TakrifKeputusan yang betul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.TakrifHendak berlagak seperti orang tua-tua.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkuk (bongkok) baru betul.TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKetam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul.TakrifOrang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEkor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.TakrifOrang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam ular kekenyangan.TakrifOrang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaButa baru celik (= melihat).TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |