PeribahasaHidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).TakrifBerbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeragakan suara kepada si pekak.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai gembala diberi keris.TakrifPemberian yang tidak berfaedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeragakan pakaian cantik kepada si buta.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa gunanya merak mengigal di hutan.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungkal tak berbalik, unggun padam bara.TakrifPekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tahu peria pahit.TakrifSudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |