PeribahasaBiduk upih pengayuh bilah.TakrifTiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis tenggang dan (= dengan) kelakar.TakrifTidak berdaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti mayat ditegakkan.TakrifPucat dan tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ikan kena tuba.TakrifSudah tidak berdaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak terkayuhkan lagi biduk hilir.TakrifTidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang dedak, berbiak lagi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak terindang dedak, berbiak lagi.TakrifTidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai pucuk pisang didiang.TakrifLemah sekali; tiada berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terbawa sekam segantang.TakrifSangat lemah; tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam mabuk tahi.TakrifPucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak akan lebih jengkal daripada jari.TakrifTidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |