PeribahasaPipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah.TakrifSerba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelangkahi ular.TakrifMelakukan sesuatu yang sangat berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung di hujung kuku.TakrifDalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung (di) rambut sehelai.TakrifDalam keadaan yang sangat berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNyawa bergantung di hujung kuku (= rambut).TakrifDalam keadaan yang sangat berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKatib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati.TakrifTempat yang berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntung sabut timbul, untung batu tenggelam.TakrifUntung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.TakrifOrang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung.TakrifBerperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |