PeribahasaMuafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang.TakrifSeia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat sama dipikul, ringan sama dijinjing.TakrifSuka duka sama-sama ditanggung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat hati beratlah tulang.TakrifPekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.TakrifBerapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.TakrifSudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberat-berat kayu, terapung juga dalam air.TakrifFikiran seseorang itu biar bagaimanapun teguhnya dapat juga dihasut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberat-berat beban, di atas kepala juga.TakrifKitalah yang menanggung nafkah keluarga sendiri, orang lain hanya sekadar melihat saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTimbangan berat sebelah.TakrifTidak adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berat diampu.TakrifTidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitindih yang berat, dililit yang panjang.TakrifKemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |