PeribahasaNasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.TakrifBelanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRajin bekerja mudah belanja.TakrifOrang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar suap daripada mulut.TakrifBelanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar senggulung daripada beban.TakrifBelanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.TakrifGaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil bahan besar penimpanya.TakrifBelanja lebih banyak daripada penghasilan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk tiga, keluar empat.TakrifBesar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk lima keluar sepuluh.TakrifBesar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSempit bertelempu, lega berlunjur.TakrifSesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi duduk daripada cangkung.TakrifBesar belanja daripada hasil pencarian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |