PeribahasaLantai dan dinding bertelinga belaka.TakrifMempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.TakrifTiada memilih (makanan atau perbuatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjaring angin.TakrifPerbuatan yang sia-sia belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kinantan hilang taji.TakrifTidak berharga lagi. kinantan = putih belaka (ayam, kuda, dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga.TakrifSeseorang yang bernasib baik, apa saja yang dilakukan olehnya berhasil belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBasah kuyup mandi peluh, tanam padi lalang yang tumbuh.TakrifBerpenat lelah membuat sesuatu pekerjaan tetapi hasilnya sia-sia belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.TakrifOrang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.TakrifOrang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.TakrifOrang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |