PeribahasaBekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa.TakrifTiada pernah lupa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera.TakrifSekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMempertinggi tempat (= bekas) jatuh, memperdalam tempat (= bekas) kena.TakrifMenambah-nambahkan kesalahan dengan sengaja, sehingga kerugian (hukuman) menjadi bertambah berat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.TakrifSekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggantikan lapik.TakrifMemperisteri bekas isteri saudaranya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti tikus masuk roman.TakrifKecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi di ekor alahan.TakrifMemperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersenget-senget bagai katung di bawah reba.TakrifOrang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas |
|
Puisi |
---|
|
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.
Lihat selanjutnya... |
|