PeribahasaDi bawah lancung nan tiris.TakrifSeseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.TakrifHendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteduh di bawah betung.TakrifMendapat pertolongan yang tidak memadai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup.TakrifPandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala ke bawah, kaki ke atas.TakrifBekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKatak di bawah tempurung.TakrifSangat picik pengetahuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMat di bawah dagu.TakrifKalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut.TakrifHendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelaga di bawah gunung.TakrifPerempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi bawah ketiak orang.TakrifDi bawah kekuasaan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |