PeribahasaPenyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.TakrifKeuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.TakrifIngin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.TakrifIngin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.TakrifBiar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.TakrifPerangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak dahaga si penunggu telaga.TakrifKalau berhampiran dengan orang besar-besar atau orang berilmu maka sedikit banyaknya akan mendapat pertolongan atau pengetahuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung.TakrifKeuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyaknya |
|
Puisi |
---|
|
Hutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung.
Lihat selanjutnya... |
|