Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Takrif

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Takrif

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.

Takrif

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.

Takrif

Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.

Takrif

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak dahaga si penunggu telaga.

Takrif

Kalau berhampiran dengan orang besar-besar atau orang berilmu maka sedikit banyaknya akan mendapat pertolongan atau pengetahuan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung.

Takrif

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyaknya

Puisi
 

Hutan di hulu banyaknya rebung,
     Potong-potong taruh di karung;
Kalau tak mahu galah disambung,
     Buah masak dimakan burung.



Lihat selanjutnya...