PeribahasaBanyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.TakrifKedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHaruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.TakrifOrang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.TakrifHendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidur tak lelap, makan tak kenyang.TakrifOrang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlim bagai katak di tepi air.TakrifOrangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaItik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.TakrifMenderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.TakrifSegala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir beriak tanda tak dalam.TakrifBanyak bercakap tanda tiada berilmu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBondong air bondong ikan.TakrifOrang banyak yang menurut arahan pemimpinnya. bondong = kelompok, tompok.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.TakrifOrang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
203 | Every flow must have its ebb | Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. | Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa | He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. | Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak air |
|
Puisi |
---|
|
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah nak dapat.
Lihat selanjutnya... |
|