Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.

Takrif

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.

Takrif

Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

Takrif

Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidur tak lelap, makan tak kenyang.

Takrif

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alim bagai katak di tepi air.

Takrif

Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.

Takrif

Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.

Takrif

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air beriak tanda tak dalam.

Takrif

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bondong air bondong ikan.

Takrif

Orang banyak yang menurut arahan pemimpinnya. bondong = kelompok, tompok.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.

Takrif

Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak air

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah nak dapat.



Lihat selanjutnya...