PeribahasaBanyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.TakrifTiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggeriak bagai anak nangui.TakrifBanyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAmak berlela, amak berupa.TakrifBanyak tabiat, banyak olehnya. amak = terlalu banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakin banyak orang, makin banyak niat.TakrifTiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.TakrifBanyak pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar periuk besar kerak.TakrifBanyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar kayu besar bahannya.TakrifBanyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang dahannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGedang kayu, gedang dahannya.TakrifBanyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar kayu besar bahannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan.TakrifPandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak habis, sedikit sedang.TakrifTentang membelanjakan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |